SHAH ALAM: "Terima kasih kerana masih setia dengan saya." Itu adalah ungkapan istimewa pelakon dan penyanyi Diana Rafar terhadap suaminya, Zamarul Hisham selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor berkenaan pada 14 Februari lalu.
Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 33, berkata, sepanjang mereka tinggal berasingan selama empat bulan, suaminya itu tetap setia kepadanya dan dia terharu dengan keikhlasan ditunjukkan Zamarul itu.
"Sepanjang empat bulan kami berpisah (tinggal berasingan) dia boleh mencari pengganti jika dia mahu tetapi Zamarul memilih untuk setia kepada saya.
"Disebalik perceraian kami terlalu banyak hikmah yang sukar saya ungkap dengan kata-kata tetapi saya bersyukur mendapat seorang suami sepertinya," katanya kepada mStar Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan